Wednesday, November 24, 2010

Adakah anda sedang menahan balik?

Di dalam proses diterjemahkan - cadangan anda dialu-alukan.

Are You Holding Back?
By Colin Smith

Adakah anda sedang menahan balik?

"Through him and for his name's sake, we received grace and apostleship to call people from among all the Gentiles to the obedience that comes from faith." Romans 1:5

Roma 1:5 Dengan perantaraan-Nya kami menerima kasih karunia dan jabatan rasul untuk menuntun semua bangsa, supaya mereka percaya dan taat kepada nama-Nya.


God calls you to a life of obedience through faith in His Son, Jesus Christ. God calls you to find in Christ what you do not have, to receive from Christ what you cannot offer, to accomplish through Christ what you cannot do.

Allah memanggil anda ke suatu kehidupan yang taat melalui iman dalam PutraNya, Tuhan Yesus. Allah memanggil anda untuk memperolehi dalam Tuhan Yesus apa yang anda tidak miliki, untuk menerima dari Tuhan Yesus apa yang anda tidak mampu menawarkan, untuk mencapai melalui Tuhan Yesus, apa yang anda tidak mungkin melakukan.


The two enemies of the Gospel

Dua musuh ketat Injil

The Gospel always lives in the presence of two enemies-one is called "legalism," the other is called, "antinomianism." Legalism says, "Obey God's command, so that you may believe His promise." But if you have to clean up your life before you come to Christ, how will anyone ever be able to come?

Injil sering berhadapan dengan dua musuh -- satu dipanggil "legalisme", yang satu lagi digelar "antinomianisme" atau "menentang undang-undang."

Legalisme berkata, "Patuhilah perintah Allah, supaya anda boleh mempercayai janji-janjiNya." Tetapi seandainya anda perlu menyucikan dan menyempurnakan diri sebelum anda datang kepada Tuhan Yesus, siapakah yang boleh datang ke pangkuanNya?


Antinomianism says, "Believe God's promise, so that you can ignore God's command." There will be some in every church who, having made a decision for Christ, live carelessly and sin presumptuously. There are others who, falling many times by the same temptation, are overwhelmed by the sense of their own unworthiness.

Antinomianisme pula berkata, "Percayalah akan janji-janji Allah, supaya anda tidak perlu mematuhinya lagi."


The Gospel says something radically different, "Believe God's promise, so that you may obey His command." The gospel answer to antinomianism is that God calls you to a life of obedience. The gospel answer to legalism is that God calls you to a life of faith.

Namun, Injil yang sejati menyatakan sesuatu yang sangat berbeda, "Percaya akan janji-janji Allah, supaya anda dapat mematuhi perintah-perintahNya." Injil memperbetulkan antinomianisme dengan mengatakan bahwa Allah memanggil anda kepada suatu kehidupan kepatuhan. Injil meresponi legalisme dengan mengatakan yang Allah memanggil anda kepada hidup dalam iman.


Are you holding back because you think you cannot change?
Adakah anda menahan balik kerana anda memikirkan anda tidak mampu berubah?


Come to Christ and you will find you begin to love what you used to hate, and you begin to hate what you used to love. The obedience that is beyond you by nature, is possible for you through a living union with Christ that the Bible calls "faith." Through this bond He will give you new desires, new strength and new life that you did not have before.

Datanglah kepada Tuhan Yesus dan anda akan mulai mencintai apa yang anda dahulu membenci, dan anda akan mulai membenci apa yang dahulunya anda mencintai. Sifat semulajadi kemanusiaan yang tidak memungkinkan anda untuk mematuhi Allah, kini telah dimungkinkan untuk anda melalui suatu kehidupan kesatuan bersama dengan Tuhan Yesus, yang Alkitab menyebutnya sebagai "iman." Melalui kesatuan ini, Dia akan memberikan anda keinginan-keinginan baru, kekuatan baru dan hidup baru yang anda tidak miliki sebelum ini.


Are you holding back because you have problems and wounds?
Adakah anda sedang menahan balik kerana anda ada masalah dan kelukaan?


Stop looking at yourself. You won't find the answer there. God is calling you to a faith in Christ and a life of obedience that flows from His life in you.

Berhenti melihat diri sendiri. Anda tidak akan menjumpai jawapannya di situ. Allah sedang memanggil anda kepada iman dalam Tuhan Yesus dan kepada hidup kepatuhan yang mengalir daripada hidupNya yang di dalam anda.


Are you holding back because you have doubts and questions?
Adakah anda menahan balik kerana anda memiliki keraguan dan persoalan?


Come to Christ with your doubts and questions, "Lord, I believe. Help me overcome my unbelief" (Mark 9:24).

Datanglah kepada Tuhan Yesus dengan keraguan dan persoalan anda, "Aku percaya. Tolonglah aku yang tidak percaya ini!"(Markus 9:24).


Are you holding back because you do not think you need Christ?

Adakah anda menahan balik kerana anda memikirkan yang anda tidak memerlukan Tuhan
Yesus?


Your obedience is far from complete. God commands you to repent and obey the Gospel (1 Peter 4:17).

Kepatuhan anda masih sangat jauh dari sempurna. Allah memerintahkan anda untuk bertaubat dan mematuhi Injil (1 Petrus 4:17)


Are you holding back because your sins are many?

Adakah anda menahan balik kerana dosa anda terlalu banyak?


Look at the cross. The Savior is there for sinners. He is there for you. The blood of Christ has the power to cleanse you from every sin. This Savior is able to take you from a slimy pit and set your feet on the rock (Psalm 40:2). He is able to present you faultless and with great joy in the presence of Almighty God (Jude 1:24). Come to Him and find hope in Him today. Christ calls you to the obedience of faith.

Lihatlah kepada kayu salib. Sang Juruselamat mati di situ untuk orang-orang berdosa. Dia berada di situ untuk anda. Darah Tuhan Yesus memiliki kuasa untuk menyucikan anda dari setiap noda dosa. Dia berupaya untuk mengeluarkan anda dari lubang kebinasaan dan menempatkan kaki anda di atas batu yang kukuh (Mazmur 40:3) Dia berkuasa mempersembahkan anda tanpa bernoda dan dengan penuh kegembiraan di hadapan hadirat Allah (Yudas 24). Datanglah kepada Tuhan Yesus dan temukan harapan di dalam Dia hari ini. Tuhan Yesus memanggil anda kepada kepatuhan dari iman.

Tuesday, November 23, 2010

Jangan stres sampai mati

Pelajar meninggal dunia sejurus sebelum SPM
Oleh Ibrahim Isa
2010/11/24



LEDANG: Calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Hazizul Hasah, 17, yang meninggal dunia sejurus sebelum menduduki kertas peperiksaan Bahasa Malaysia 1 di Sekolah Menengah Kebangsaan Ledang, Tangkak di sini, pagi semalam, disifatkan seorang yang periang dan tabah walaupun mengetahui mempunyai masalah jantung.

Bapanya, Hasah Eunos, 56, berkata tekad arwah anaknya yang tetap mahu ke sekolah untuk belajar dan tidak mahu ketinggalan walaupun mempunyai penyakit jantung kronik cukup membanggakannya.

Hazizul mengalami komplikasi jantung sejak dilahirkan dan sering berulang alik ke Institut Jantung Negara (IJN) di Kuala Lumpur untuk mendapatkan rawatan. Walaupun keadaannya demikian, dia tetap mahu ke sekolah.

Sebagai bapa, sikapnya yang tetap ingin ke sekolah untuk menimba pelajaran walaupun sedar kesihatannya kurang baik dan mukanya boleh berubah kebiruan walaupun hanya berjalan sejauh 50 meter amat membanggakan saya.

Melihat minatnya itu, saya sendiri menghantar arwah setiap pagi ke sekolah sebelum ke kebun getah dan mengambilnya selepas sekolah, katanya ketika ditemui di Kampung Seri Maamor di sini, semalam.

Hazizul mengadu sesak nafas kira-kira jam 7.45 pagi ketika mendengar taklimat mengenai peperiksaan Bahasa Malaysia 1 di dewan sekolah itu.

Pengarah Pelajaran Johor, Markom Giran berkata Hazizul mengadu sukar bernafas kepada pengawas peperiksaan sebelum dibawa keluar dari dewan peperiksaan dan ditempatkan di bilik rehat.

Pihak pentadbiran sekolah menghubungi ambulans, bagaimanapun beliau disahkan meninggal dunia selepas 10 minit pegawai perubatan tiba di sekolah, katanya kepada pemberita selepas melawat calon SPM Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional Indahpura di Kulaijaya.

Peperiksaan SPM dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia bermula semalam.

Hasah berkata, beliau mendapat tahu mengenai kejadian menimpa anaknya ketika berada di kebun getah selepas menghantarnya ke sekolah beberapa minit sebelum itu.

Saya terkejut apabila mendapat panggilan telefon daripada sekolah mengatakan anak saya meninggal dunia, katanya.

Allahyarham yang juga anak lelaki tunggalnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Seri Maamor selepas zuhur.

Sementara itu, seorang lagi calon SPM di Kluang meninggal dunia, kelmarin akibat penyakit buah pinggang.

Mohd Fazli Yusop, 17, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Belitong, dekat Kluang, meninggal dunia selepas mendapat rawatan dialisis di Hospital Sultanah Aminah di Johor Bahru.

Old injuries were also discovered

Woman slashed to death on her fifth wedding anniversary
By FARIK ZOLKEPLI

farik@thestar.com.my
Wednesday November 24, 2010



JOHOR BARU: A 26-year-old woman was brutally slashed to death on her fifth wedding anniversary.

The main suspect is believed to be her 24-year-old lorry driver husband.

Rohana Hamzah’s body was discovered at her home in Kampung Sungai Tiram here after her husband reported a burglary at about 2pm.

She had slash wounds on her neck as well as old wounds on her left arm.

However, police became suspicious when there were no signs of forced entry at the victim’s house.

Seri Alam OCPD Supt Roslan Zainuddin said police immediately detained the husband as his statement was inconsistent.

“We detained him to assist in the investigations.

“Nothing was missing from the victim’s home,” he said.

He added while there were no reports of domestic violence against the husband, neighbours and family members claimed the victim had been injured by him before.

“A post-mortem showed the victim died due to incisions to the neck from a sharp object.

“Old injuries were also discovered in parts of the victim’s body,” he said, adding the husband has been remanded until Nov 29.

Supt Roslan said the suspect also tested negative for drugs.

Meanwhile, the victim’s younger sister Hajar Hanizah Hamzah, 18, said she called the victim at about 11.50am.

“I heard my sister and her husband arguing.

“When the conversation was cut off, I tried to call again but failed to reach her,” she said, adding that the husband called the family two hours later to tell them the house had been burgled

Sunday, November 21, 2010

Delete their Facebook accounts?

N.J. Pastor Tells Church Leaders to Get Off Facebook
Thu, Nov. 18, 2010 Posted: 07:02 AM EDT



A New Jersey pastor is requiring all married church officials to delete their Facebook accounts in the wake of increasing marital troubles in his church.

The Rev. Cedric Miller of Living Word Christian Fellowship Church told The Associated Press that he has been in extended counseling with many couples because of problems posed by Facebook – namely a spouse connecting with an old flame.

"What happens is someone from yesterday surfaces, it leads to conversations and there have been physical meet-ups. The temptation is just too great," he told AP.

Church leaders have until Sunday to permanently sign off Facebook or resign from their positions. Miller also plans to delete his account this weekend.

Miller isn't the only one seeing Christian couples run into trouble because of the popular social networking site.

Texas pastor Kerry Shook of Woodlands Church told The Christian Post earlier this year that he has seen at least one marriage break up over connections made with a past girlfriend or boyfriend on Facebook.

"When you start playing around with that kind of thing, you think it's no big deal. 'They friended me. I'll find out what's going on with them.' [When] you start down that path, you know where that path ends," the megachurch pastor stated then.

At Living Word Christian Fellowship Church, Miller said the misuse of Facebook has posed problems for 20 couples.

Miller plans to warn his entire congregation this weekend about the dangers of Facebook. The mandate to delete one's account, however, won't apply to the congregation.

He told Asbury Park Press that though some may see his action with the church staff as controlling, he's more concerned about saving families and marriages.

Living Word Christian Fellowship Church is more than 20 years old and draws some 1,100 attendees.

Audrey Barrick
Christian Post Reporter

Copyright © 2010 Christianpost.com. All rights reserved.

Wednesday, November 10, 2010

Tuhanku, selamatkanlah mereka!

17,303 anak luar nikah didaftar 2009

Oleh Mohd Azis Ngah
azis@bharian.com.my
2010/03/21



KUALA LUMPUR: Seramai 17,303 anak luar nikah Melayu atau tidak sah taraf didaftarkan di seluruh negara sepanjang tahun lalu.

Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Datuk Alwi Ibrahim, berkata bilangan itu meningkat 762 kes berbanding tahun sebelumnya. Pada 2008 seramai 16,541 anak luar nikah didaftarkan di JPN manakala pada 2007 seramai 16,100 orang.

Alwi menjelaskan dalam tempoh lima tahun lalu, JPN mencatatkan 74,723 pendaftaran anak luar nikah adalah membabitkan orang Melayu/Islam. Ini tidak termasuk kes buang bayi yang dilaporkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

“Sepanjang tempoh ini, 214,033 bayi pelbagai bangsa didaftarkan dengan status anak tidak sah taraf, termasuk kes anak yang tidak berbapa 104,834 orang dan 109,199 orang mengikut Seksyen 13, Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957 (Akta 299),” katanya kepada Berita Minggu.

Mengikut Seksyen 13, bayi itu dianggap anak yang dilahirkan hasil ikatan perkahwinan tidak teratur atau tidak sah mengikut undang-undang negara.

Ini termasuk anak hasil hubungan luar nikah bagi orang Melayu/Islam atau pernikahan tidak didaftarkan mengikut undang-undang negara. Bayi yang lahir kurang enam bulan dari tarikh pernikahan ibu bapanya juga termasuk dalam status sama.

Bagi anak pasangan bukan Islam, kebanyakan kes merujuk kepada anak dilahirkan sebelum tarikh pendaftaran perkahwinan atau anak yang tidak mempunyai bapa.

Dalam tempoh lima tahun dari 2005 hingga 2009, pendaftaran ‘anak luar nikah’ membabitkan orang Melayu menduduki tempat kedua dengan 74,723 kes, di belakang kaum-kaum lain dengan 91,922 kes, diikuti India (23,696 kes) dan Cina (23,692 kes).

Beliau berkata, bayi tanpa bapa daripada keturunan Melayu/Islam diletakkan nama diikuti ‘bin’ atau ‘binti’ Abdullah atau mana-mana nama pilihan Asma Al-Husna (nama-nama Allah).

“Keputusan itu selaras ketetapan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan dan ia juga selaras format baru sijil kelahiran yang memerlukan nama penuh bayi berserta bin atau binti dipaparkan pada sijil kelahiran.

“Bagaimanapun, hanya maklumat ibu akan dimasukkan dalam sijil kelahiran bayi berkenaan dan nama pada MyKad kanak-kanak itu kekal menggunakan nama dalam sijil kelahiran,” katanya.

Bagi kes bayi pasangan yang berkahwin di luar negara tanpa mendaftar semula di Malaysia, beliau menasihatkan mereka menyelesaikan urusan dengan pihak berkaitan termasuk majlis agama atau mahkamah.

“Jika anak dilahirkan di luar negara, daftar dengan kedutaan dan apabila pulang ke Malaysia, daftar semula dengan JPN.

“Bagi kes yang tidak mendaftar perkahwinan mereka tetapi sudah mempunyai anak, mereka boleh mendaftar terus untuk dapatkan sijil kelahiran tanpa perlu dokumen daripada mahkamah, tetapi nama bapa tidak akan dimasukkan dalam rekod.

“Maklumat itu boleh diganti dengan nama sebenar bapa selepas mendapat pengesahan status perkahwinan,” katanya.

I need peace. I need forgiveness. I need purpose.

Man Without Limbs: I Need God for More than Arms, Legs
Mon, Nov. 08, 2010 Posted: 12:20 PM EDT



A man born without limbs said he needed God for more than arms and legs at the Harvest event in Seattle on Sunday.

Nick Vujicic, a Christian motivational speaker, said he gave his life to Jesus Christ at the age of 15 when he read the story of the blind man and Jesus in John 9. When people asked Jesus why the man was born blind, he said it is for the works of God to be revealed through him.

“He healed the physical body of the blind man (in John 9). But what I said to God is, ‘I don’t know what your plan is, but I trust you. I need you not just for arms and legs, [but] I need peace. I need forgiveness. I need purpose,” said Vujicic, president of the non-profit Life Without Limbs, to Greg Laurie at the Seattle Harvest event.

Vujicic, who was born with no arms or legs, shared his inspiring story to a crowd of 15,000 at the Key Arena in Seattle on Sunday. More than 93,000 people watched the event online and 1,692 accepted the invitation at the end of the night to commit their lives to Jesus.

Over the three days of Seattle Harvest 2010, 39,000 people attended in person, 162,717 watched the webcast, and 4,225 made decisions for Christ.

The Australian born motivational speaker, who has inspired thousands of people worldwide, shared that when God does not grant a person the miracle they prayed for (Vujicic had prayed for his arms and legs to miraculously grow), God can perform another kind of miracle.

“God can still use you to be a miracle for someone else to bring them to the truth and knowledge of Jesus Christ,” he said.

Earlier in the evening, Greg Laurie, lead pastor behind the Harvest Crusades and senior pastor of Harvest Christian Fellowship in Riverside, Calif., addressed the question of why there is suffering in the world. He said humans, in the broad sense, are responsible for the problems we face in the world today. The illnesses, disabilities, and death are all a result of sin, he said.

“The general tendency is to place all the blame for all of the problems and suffering of humanity on the shoulders of God,” said Laurie, who went on to state that everyone is born a sinner. “God gave us the ability to choose and our first parents, Adam and Eve, made the wrong choice in the Garden of Eden,” he said.

Vujicic, who has learned to overcome bitterness over his physical condition, left the crowd with a message on how to be happy. Some people say they are not going to be happy until they get married, have a job, save up money, or have more friends, said the author of the new book Life Without Limits.

But having those things will not necessarily make you happy, he said.

“It’s not about the outside. It is about being complete on the inside,” said Vujicic. “Because I have seen so many people complete on the outside but who don’t know the truth. It is the truth that sets you free and who the son sets free is free indeed.”

The Seattle event was the last Harvest crusade scheduled this year. The next Harvest event will be in Auckland, New Zealand, in June 2011.

Michelle A. Vu
Christian Post Reporter

Air yang tenang jangan disangka tiada buaya

Lelaki kapak ibu di beranda rumah

Oleh Rosli Abdul Jalil
bhnews@bharian.com.my
2010/11/10


Suspek dipercayai penagih dadah ditahan

PEKAN: Seorang ibu mati ditetak di kepala oleh anak lelakinya berusia 23 tahun ketika sedang mengangkat kain jemuran di beranda rumahnya di Felda Chini Timur 1, dekat sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian pada jam 10.30 malam, mangsa, Che Wa Isa, 57, ditetak dengan kapak oleh anak lelakinya yang dipercayai penagih dadah.

Akibat tetakan itu, mangsa rebah di depan rumah, manakala suspek terus beredar dari tempat kejadian dengan memegang kapak.

Ketua Polis Daerah Pekan, Superintendan Yahya Othman yang mengesahkan kejadian itu berkata, mangsa disahkan meninggal dunia selepas dibawa ke Klinik Kesihatan berhampiran.

Katanya, polis menahan suspek di sebuah pondok yang terletak 100 meter dari lokasi kejadian, malam kelmarin.

“Kita turut menemui sebilah kapak pemotong sawit yang dipercayai digunakan suspek untuk menetak kepala ibunya.

“Ujian air kencing turut mendapati suspek positif ganja,” katanya di sini, semalam.

Yahya berkata, siasatan awal mendapati suspek dipercayai gemar membaca buku berkaitan makhluk halus dan dikatakan percaya ibunya sudah lama mati dan yang tinggal dalam jasad ibunya hanyalah saka dan santau.

Beliau berkata, ketika kejadian, suami mangsa, Halim Ismail, 58, sedang memberi makan cucunya berusia tiga tahun dalam rumah dan mendengar bunyi seperti benda terjatuh diikuti dengan laungan ‘Allahuakbar’.

“Selepas 10 minit kemudian, suami mangsa keluar ke depan rumah dan terkejut melihat mangsa terbaring dan bajunya dipenuhi darah,” katanya.

“Suspek kini ditahan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan bagi membantu siasatan,” katanya sambil memaklumkan laporan bedah siasat turut mengesahkan mangsa meninggal dunia akibat pendarahan teruk pada kepala.

Sementara itu, Halim yang ditemui berkata, beliau sama sekali tidak menyangka kejadian itu kerana menyifatkan anaknya seorang pendiam, baik serta tidak pernah meninggalkan solat.

Malah, katanya, suspek yang juga anak ketiga daripada empat beradik seorang yang rajin dan sering membantunya di kebun sawit.